Welcome To My Life...

Tuesday, August 20, 2013

Kejam


Terlalu banyak ilham di minda, tetapi jari enggan menzahirkan di alam maya.

Kejam, memang kejam. Life, is cruel.

Markah yang rendah membawa anda ke negara orang. Sedangkan jika gagal mencapai mata sempurna, harganya juga mahal. 

Peperiksaan A-Level menggabungkan tiga subjek dengan satu gred A bersamaan lima mata. Gred A untuk semua subjek bererti 15 mata sempurna. Aku hanya mendapat 14 mata. Kini aku dalam pertarungan hebat untuk merebut tempatku yang telah ditawarkan dan cuba dirampas.

Hari ini, kawan-kawanku yang gagal melepasi cut-off points (12 mata) akan dihantar untuk meneruskan pengajian bidang perubatan di negara seberang. Sekurang-kurangnya dapat tengok negara orang. Salah akukah yang telah berusaha tetapi gagal mencapai kesempurnaan?

Tahniah buat rakan-rakan yang akan berangkat tanggal 2 September. Notis dua minggu. Belajarlah bersungguh-sungguh. Lupakan kegagalan lalu. Tulis buku baru. Semoga berjaya menjadi doktor yang berguna untuk menjadi alat menyelamatkan nyawa manusia.

Kini aku berdepan kemungkinan untuk meneruskan pengajian lima tahun di Bukit Jalil. Setelah lama menanam mimpi menjejakkan kaki di Eropah, kini aku harus menerima ketentuan Ilahi. Pasti ada hikmahnya.

Dengan izin Allah, satu hari nanti aku akan ke sana jua!


Sunday, August 18, 2013

Aku dan Merah


Inilah al-kisah aku dan Bawang Merah.

"Kenapa Jo suka Manchester United?"

Nice question, Acip. Itulah soalan yang dikemukakan oleh adik aku yang baru Darjah Lima. Dialah satu-satunya ahli keluarga aku yang minat sukan seperti aku. Sampai kadang-kadang aku tak larat layan dia beritahu macam-macam ketika abangnya ni sudah mula ada urusan yang jauh lebih penting dan menyakitkan kepala daripada sukan dan bola sepak. 

Anehnya, aku masih ingat, sewaktu dia masih kanak-kanak berusia lima tahun, aku selalu berebut televisyen dengan Acip. Dia dulu suka tengok kartun. Dan aku akan selalu terpaksa mengalah kerana dia mula menangis. Kadang-kadang sampai meraung. Itu dulu. Aku tak tahu bila minatnya terhadap sukan berkembang. Tapi sekarang dia baca perkembangan bola sepak di FB, sesuatu yang aku sendiri tak lakukan.

Menjawab soalan Acip, aku sendiri tak tahu bila saatnya aku mula menyokong Manchester United dan apa sebabnya. Yang pasti, sejak zaman kanak-kanak lagi, aku suka pasukan dengan simbol berwarna merah. Merah itu berani? Merahmu bara semangat waja? 


Ya, Ferrari, pasukan merah pertama yang aku sokong. Aku tak sokong Ferrari kerana warna pasukannya merah. Aku dah lama tak peduli tentang perkembangan Formula Satu yang membosankan. Dulu aku peminat nombor satu, walaupun tak fanatik sampai beli tiket untuk tonton di Litar Sepang. 

Aku sokong Ferrari masa zaman Michael Schumacher dulu. Kemudian, aku ingat Rubens Barichello, Felipe Massa, dan Fernando Alonso. Aku dah tak sokong Ferrari sejak zaman kejatuhan mereka. Aku dah hilang minat sejak Renault dan Mclaren mengambil alih penguasaan F1. Nampaknya aku bukanlah penyokong setia Ferrari.


Manchester United, pasukan Syaitan Merah yang aku minat sejak kecil lagi. Hingga sekarang. Walaupun Alex Ferguson sudah bersara, aku masih menyokong skuad pimpinan David Moyes bererti aku memang sangat meminati pasukan ini. Aku sanggup bangun lewat untuk menyaksikan perlawanan di awal pagi. Aku sudah melihat pengurus beberapa pasukan bertukar bersilih ganti tetapi Ferguson menjadi lambang ketahanan dan kesabaran.

Walaupun Moyes akhirnya menggantikan Ferguson, aku akan tetap menyokong United. Meskipun sudah tiada lagi kelibat Ruud van Nistelrooy, David Beckham, Cristiano Ronaldo, Gary Neville, dan Paul Scholes yang telah meninggalkan United sepanjang aku menuju kedewasaan. Nampaknya Wayne Rooney juga akan berpindah kelab ke Chelsea.

Buat Acip, abangmu ini tiada jawapan sempurna untuk menjawab soalanmu itu. Tetapi merah adalah kegemaranku. Jika merah itu berani, berani itu aku.



Moyes Bergaya


Malam tadi, Liga Perdana Inggeris musim 2013/2014 membuka tirainya. Saingan musim baru yang pastinya lebih mencabar. Chelsea dengan kepulangan Jose Mourinho. Manchester United tanpa Alex Ferguson selepas hampir tiga dekad. 

Malam tadi, aku dilema. Antara nak tengok bahagian kedua trilogi Lord of The Rings dan menyaksikan siaran langsung Manchester United vs Swansea. Si jantung hati pun sibuk belajar. Macam ni lah nak isi masa lapang. Huihuihui. Perlawanan ni ada ulangan nanti. Tapi LOTR pun aku ada stok dalam external hard disk

Perlawanan bermula jam 12.30 tengah malam. Maka aku memilih untuk menonton bahagian klimaks The Two Towers. Part peperangan kot, mana boleh lepas. Aku cuma tengok separuh masa kedua. Tahniah kepada pasukan kegemaran aku yang menang besar 4-1 di gelanggang lawan. Bak kata Waris dalam lagu hitsnya, 'ompek sato sonyum lebar'. ^_^


Musim baru, pengurus baru. Bekas pengurus Everton, David Moyes, melangkah penuh gah diiringi bintang veteran, Ryan Giggs yang berstatus pemain-jurulatih. 

Untuk perlawanan liga pertamanya membimbing pasukan Syaitan Merah, Moyes memilih David De Gea untuk menjadi manusia terakhir di belakang kubu pertahanan utuh dibarisi Phil Jones, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, dan Patrice Evra. Moyes membuat percaturan menarik dengan memilih Antonio Valencia untuk beraksi di sayap kanan. Giggs beraksi di sayap kiri dengan Tom Cleverley dan Michael Carrick mengawal bahagian enjin.

Danny Welbeck dipilih untuk menyokong ayam tambatan, Robin van Persie di jentera serangan. Bangku simpanan United tidak kurang hebatnya. Anderson, Wilfried Zaha, Wayne Rooney, dan Shinji Kagawa antara yang memanaskan bangku. Zaha ialah pemain muda berbakat yang aku rasa lebih layak berbanding Valencia. Kagawa menjadi alternatif jika Welbeck gagal menyerlah. 

Aku main tukar-tukar siaran televisyen. Satu ketika aku risau apabila Manchester United hanya mampu bertahan diasak dominasi bola oleh Swansea. Satu detik dalam perlawanan menyaksikan 70% penguasaan bola dimiliki oleh Swansea. United hanya mengharapkan serangan balas?


Penyudah hebat RVP tidak dapat disangkal lagi. RVP mencetak gol pertama United untuk musim baru dengan aksi akrobatik berkelas dunia. Naluri pemusnah RVP terbukti dengan penyudah ala sepak takraw. Gol ini memang menarik untuk jaringan ketiga selepas dua gol dalam perlawanan Perisai Komuniti.


Welbeck mengangkat bebanan yang dipikul RVP sebagai penggempur. Hantaran silang Valencia terlalu cantik untuk disia-siakan. Hanya empat ela di depan garisan gol, Welbeck mudah menolak bola masuk. Assist dari Valencia membuatkan aku terkedu. Aku tak berapa suka Valencia, jika dibandingkan dengan Nani. Kawan aku pulak tak suka Welbeck, yang dipanggilnya 'budak songkok' (tengok rambut). Maaf kawan, aku TeamWelbeck. ^_^

Gol ketiga United dijaringkan oleh RVP dengan satu lagi penyudah menggerunkan dengan kaki kirinya yang terkenal sangat berbisa. Rooney menghantar bola kepada RVP sebelum melakukan larian tanpa bola berkembar dengan Welbeck untuk menarik perhatian pertahanan lawan. RVP menewaskan dua orang pertahanan yang cuba menyekatnya sebelum merembat kencang dari luar kotak penalti. 

Wilfried Bony membalas satu gol untuk Swansea sebelum budak songkok sekali lagi mengganas dengan jaringan lob menarik dalam masa kecederaan. Orang kata gol Welbeck yang dibantu Rooney tu 'icing on the cake'. Memang terbaik.


Rooney yang beraksi cemerlang walaupun kurang cergas. Rooney kelihatan kurang ceria. Mungkin terganggu dengan khabar anginnya ingin berpindah ke kelab musuh tradisi, Chelsea. Rooney yang jelas berada di belakang RVP dalam pelan Moyes kini boleh kemas baju dengan dua jaringan hebat RVP. Jika dia mahu bersabar, dia boleh menanti peluangnya tiba. Malangnya, Rooney dilahirkan untuk menjadi penyerang utama.


Rooney mungkin sukar berada dalam kesebelasan utama dengan aksi hebat RVP malam tadi. Empat gol dalam dua perlawanan musim baru untuk meneruskan kegemilangannya memenangi Kasut Emas musim lepas. Welbeck pula lebih digemari Moyes untuk menyokong RVP menjadikan perpindahan Rooney ke Chelsea mungkin menjadi kenyataan.


Dua gol untuk RVP, dua gol untuk Welbeck, dan kemenangan kedua berturut-turut untuk Moyes. 2-0 menentang Wigan, dan 4-1 mengatasi Swansea. Walaupun Moyes mengambil alih United yang dibina Ferguson, dia harus mencari ramuannya yang tersendiri. Sepanjang membimbing Everton sebelum ini juga, Moyes mempamerkan kebolehannya yang meyakinkan Ferguson, dialah pewaris takhta yang dicari-cari. 

Kebolehan sebenar Moyes selaku pakar taktikal akan berdepan ujian hebat minggu depan. Moyes akan berdepan skuad hebat Chelsea yang dipimpin oleh musuh tradisi Ferguson, Jose Mourinho, 'Satu-satunya'. Ferguson gagal mengatasi Mourinho sepanjang Mourinho mengendalikan Chelsea. Mampukah Moyes? Semuanya akan terjawab pasca perlawanan pertamanya di gelanggang sendiri.


Saturday, August 17, 2013

Poskad Raya


Nah, kak Syazana. Seperti yang dijanjikan. Sori lambat sikit. Dah berkurun lamanya hanya ilham menari di minda tetapi jari-jemari belum bersedia.

Haaa, entri ni memang khas dan istimewa untuk akak blogger baik hati yang aku dah kenal lama. Akak Syazana Story Glory. Eh, kat poskad dia kirim pun tulis macam tu. Takut gagal dikenali lah tu. ^_^

Dah lama tak merasa dapat kad raya. Tambah-tambah zaman moden globalisasi ni, makanya kad raya sudah pupus bersama Jepun yang kalah perang kepada tentera British. SMS menggantikan kad raya. Mana sama. SMS nak simpan macam mana kan.

Malangnya, poskad ni aku dapat selepas cuti raya di Johor. Poskad raya takde tarikh luput kan? 


Poskad comel kiriman kakak cantik. ^_^


Siap berpantun Kak Syazana. Teringat baca novel pendek yang akak tulis dulu. Selalu ada lirik lagu. Penulisan yang kreatif, unik, dan tersendiri.


Lelaki Dari Marikh suka sangat-sangat poskad kiriman akak. Terima kasih daun keladi. Tahun depan bagi lah lagi. Hehe. Maaf sebab tak dapat balas poskad akak. InsyaAllah tahun depan ada lah poskad khas untuk akak Story Glory. 

Majulah blogger untuk Malaysia.


Tuesday, August 6, 2013

Berkumpul Lagi


Alhamdulillah, persahabatan kerna Allah itu indah. Walau berpisah beribu batu, bertemu semula mengenang masa lalu. 

LOKASI : KFC Changloon
TARIKH : 4 Ogos 2013 (Ahad)

Alhamdulillah, sekali lagi kelas 5 Alfa tahun 2010 diizinkan Allah untuk berkumpul semula. Iftar bersama sempena Ramadhan 1434 H dan sebelum Syawal menjelma. Aku kurang pasti berapa lama kami merancang, tapi tak terlalu tergesa-gesa. Walaupun ada cadangan untuk menukar venue, majlis berbuka puasa tetap diteruskan di KFC.

Selain iftar, kami juga ingin berbual selepas terpisah dengan kesibukan hidup masing-masing. Maka cadangan diberikan agar mereka yang ada kelapangan boleh hadir lebih awal untuk sesi temu ramah. Aima datang ke rumah aku jam 6.20 petang. Awal gila! Aku janji dengan dia 6.40 petang. Terpaksa lar budak ni tunggu aku bersiap. Memang menepati masa betul sahabat aku. ^_^

Sesampainya kami di sana, Wahidah dan Hadaina sudah pun menempah 'kawasan' kami. Kata mereka, Amalina tak nak datang kerana malu. Seriously? o_0

Kemudian, Anina dan Aslaha turut serta. Yang lain datang selepas jam 7 petang. Ikram dan Suhairi datang pada jam 7.30 petang sebab mereka ni kerja di kedai kasut. Azwan paling lambat. Masa kami sedang enak menjamu selera, baru dia sampai. Dari masjid katanya. Okey, aku percaya.

Seorang demi seorang datang sehinggalah iftar kami dapat menghimpunkan lebih kurang 15 orang. Kelas 5 Alfa 2010 dulu ada lebih 20 orang pelajar. Okey lah tu.


Aku, Aima | Aslaha, Anina, Hadaina Wahidah.


Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah yang Maha Esa. Tanpa izin-Nya, kami tak akan dapat meluangkan masa bersama.


Irfan, anak rakan sekelas kami, Atiqah. Anak sulung 5 Alfa 2010. Umurnya 2 tahun hari raya nanti.


Masa ni dia nak keluar. Dia tunjuk tempat letak kereta. Aku pun tak faham tapi buat-buat faham. ^_^


Me, and the darling of 5 Alfa 2010. Generasi kedua. ^_^


Alhamdulillah! Yang tak ada dalam gambar ni... Suhairi (lari tak nak tangkap gambar), Ikram (tukang tangkap gambar). Sebelah kanan aku tu Ashraf. Dia bukan pelajar 5 Alfa 2010 tapi pernah menjadi rakan sekelas kami sebelum tu.

Masih tak dapat mengumpulkan semua pelajar yang pernah bersama dalam kelas 5 Alfa 2010. Moga dalam pertemuan akan datang, lebih ramai akan terlibat. InsyaAllah. Asyik muka sama je yang berkumpul. Kami tetap bersyukur. Iftar ini tetap satu kejayaan.

Alhamdulillah.



Nota Buat Kamu

 
Sha.
Norshamila. Blogger yang aku kenal di alam maya dan tak pernah bersua di dunia realiti. Aku hanya mengenalinya sebagai seorang blogger. Sha tau tak, ada orang tanya. Kenapa kita macam rapat? Haha. Entah lah. Sha hanya seorang lagi rakan blog. No more than that.

Nor Atikah Safirah. Oh si jantung hati. Sha tu kawan je lah. Bukan apa pun. Awak jeles ke? ^_^ Nah, entri ni istimewa untuk awak. Biar awak tahu perkara sebenar. Saya tak rahsiakan apa-apa. Kami tak pernah ada apa-apa sebelum ni. Betul kan, Sha? 

Umi, tengok bakal menantu ni. Haha. Semalam dia beli cincin. Gurau pasal bertunang. Dia suruh bertunang dengan Sha. ^_^

Harap si jantung hati dah jelas tentang hal ni. Tak payah lah suruh saya bertunang dengan Sha lagi. Lawak. Dah baca nota ni, harap awak boleh senyum macam bayi.
For you, nota buat kamu.
 
 
 

Sunday, August 4, 2013

Jinmatino


Ewah. Sempat lagi hapdet blog sambil kemas baju. Pagi esok dah nak bertolak balik kampung. InsyaAllah, kali ni aku akan memandu. Moga selamat sampai ke destinasi, Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.

Semalam baru beli baju raya. Yeaaaaayyy. Baju raya baru! Beli kat mana? Jeng jeng jeng.


Okey, ni poyo je. Aku tak memandu pun semalam. Ayah yang memandu. Aku menumpang saja di belakang. Dah lama tak tangkap gambar sendiri. Alang-alang tengah kurus sekarang kan...


Masa ni baru sampai butik Gene Martino di Tesco Stargate, Alor Star. Sebelum pening pilih baju raya, kita tangkap gambar dulu! Jurukamera? Mesti lar kakak sulung yang tersayang tu. Abaikan mannequin kat belakang tu. Sekadar pemandangan.

Kami datang lewat. Orang dah borong habis. Banyak saiz dah takde. Ada warna yang umi dan ayah suka, tapi saiz tak cukup untuk kami tujuh beranak. Aduhai... Warna lain pulak tak berapa gemar. Pilih punya pilih, aku pun dah putus asa. Ambik lah warna apa pun. Ku terima seadanya.


Haaa, tengok. Muka pasrah habis dah. ^_^ Gua udah capek. Ambik sajalah warna apa pun. Asalkan baju raya baru. Jadi warna apakah menjadi pilihan? Entahlah, tak tahu nak cakap warna apa. Kuning? Coklat? Warna yang tak dapat dikenal pasti.

Yang penting, baju raya baru. Adik-adik dan kakak dapat kasut baru. Aku? Malas nak fikir. Pakai selipar pun jadi lar. Eh, semalam rasa macam nampak cikgu aku. Pelanduk dua serupa, mungkin. Beli baju raya jugak, cikgu? 90% aku yakin itu dia. Nanti kalau jumpa, nak tanya. Itu pun kalau ingat.

Esok dah nak balik kampung. Lagu Sudirman lar malam ni.



Saturday, August 3, 2013

Dua Puluh


Alhamdulillah, syukur kepada Yang Maha Esa. 20 tahun selepas 2 Ogos 1993. Bertambah usia menjadi dewasa. Dua dekad menghuni dunia.

Happy birthday to me. Haha.

2 Ogos 2013, sekali lagi diberi kesempatan oleh Ilahi untuk berkongsi tarikh hari lahir dengan ibunda tercinta, Akilah Abdullah. Lots of love for you, mother. Selamat hari lahir. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, dan dirahmati Allah sepanjang masa. ^_^

Terima kasih buat sahabat, Syahiratun Nabihah yang pertama mengucapkan selamat hari lahir. Bakal zaujah kepada sahabat karib aku. Sorang sahabat yang sangat baik sepanjang aku mengenalinya. Sahabat yang aku sangat percaya. Ramai jugak yang wish

Akhirnya, wish yang sangat penting pada jam 11.30 pagi. Terima kasih si jantung hati. Katanya, tak lupa. Sengaja lambat sebab nak tengok reaksi aku. Aih, sekarang dah pandai menguji ya? ^_^ Alhamdulillah, kalau awak benar-benar ingat. Sedih jugak bila tak dapat ucapan dari VVIP.

Apalah ada pada angka. Pada usiaku ini, Sultan Muhammad al-Fateh memimpin kerajaan Turki Usmaniah, menjadi khalifah Islam. Entahlah pencapaian besar apa yang dapat aku banggakan. Terlalu kerdil rasanya sedangkan bercita-citakan impian penghuni syurga.

Dua kali ulang tahun kelahiran aku sebelum ni disambut jauh dari famili. Diraikan bersama kawan-kawan di bumi Selangor. Alhamdulillah, tahun ni diizinkan untuk menyambutnya bersama keluarga tercinta. Walaupun dalam bulan Ramadhan, tetap meriah jua. Iftar meraikan hari lahir? Awesome!

Beli macam-macam semalam. Iftar aku semalam makan nasi beriani restoran Yasmeen. Sedap hingga menambah nasi. Lagi best sebab iftar semalam ada kek. Yeahhh, kek hari lahir aku dan ummi. Aku sendiri yang pergi beli kek coklat tu. Aku pun pilihlah kek kegemaran aku walaupun akan menjadi habuan adik-adik.

Harapan? Moga aku akan menjadi lebih baik menempuhi hari yang mendatang. Moga usia aku diberkati oleh Allah. Moga dengan usia yang panjang, aku akan dekat dengan Allah. Itulah keberkatan.




Friday, August 2, 2013

Lelaki



No caption. Salam 24 Ramadhan.


Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif